SIME DARBY MOTORS MASUKI TAIWAN MELALUI KIA

0

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Sime Darby Motors meningkatkan

kehadirannya di rantau Asia Pasifik dengan memasuki Taiwan, berikutan

pelantikannya sebagai pemasang rasmi, tunggal dan eksklusif kenderaan penumpang

Kia di negara itu.

Sime Darby Motors, melalui anak syarikat milik penuhnya, Sime Darby Kia

Taiwan Co Ltd, telah menandatangani perjanjian lesen teknikal dengan Kia

Motors Corp untuk memasang kenderaan penumpang Kia (CKD) di negara itu.

“Pelantikan ini merupakan pencapaian besar dan sebahagian daripada wawasan

kami untuk menjadi syarikat automotif terkemuka di rantau Asia Pasifik,”

kata Naib Presiden Eksekutif Sime Darby Motors Datuk Lawrence Lee dalam satu

kenyataan hari ini.

“Operasi kami di Taiwan dijangka dimulakan pada separuh pertama 2014

menerusi pelancaran dua model CKD, Kia Picanto, sebuah kereta kompak dan mampu

milik untuk kawasan bandar dan Kia Carens, sebuah MPV bersaiz pertengahan

(kenderaan pelbagai guna).

“Dua model ini akan diiringi oleh Kia Rio, sebuah lagi kereta kompak bandar

yang terbukti popular di seluruh dunia.

“Penekanan ialah kepada segmen CKD disebabkan popularitinya dalam pasaran

Taiwan,” kata Lee.

Kia tidak menjual produknya di pasaran Taiwan sejak 2008, dan Sime Darby

Motors yakin memperoleh semula pasaran kukuh jenama itu di negara berkenaan.

“Kia memasuki semula pasaran Taiwan secara lebih strategik kerana kami

sedar perlunya mendapatkan kembali tumpuan pasaran.

“Kami merancang untuk melaksanakan strategi pemasaran menyeluruh bagi

memastikan jenama ini mampu berhubungan secara berkesan dengan

pelanggannya, dan sekali gus meningkatkan penguasaan pasarannya di Taiwan,”

katanya.

Menurut Persatuan Pengeluar Kenderaan Taiwan, jualan kenderaan domestik

untuk 2012 berjumlah 270,078 unit, dengan segmen kereta penumpang menyumbangkan

211,578 unit.

Jenama utama automotif di Taiwan ialah Toyota, Nissan, Mitsubishi, Ford dan

Honda, yang dipasang dalam negara.

Sime Darby Motors ialah antara syarikat utama industri automotif dan

kenderaan mewah di Malaysia, Singapura, China, Thailand, Macau, Hong Kong,

Australia, New Zealand dan Vietnam.

Kegiatan perniagaannya berbeza mengikut negara seperti pengimportan,

pemasangan, pengedaran dan penjualan kenderaan.

Ia adalah lima bahagian teras dalam Kumpulan Sime Darby, kumpulan

multinasional pelbagai bidang yang berpangkalan di Malaysia.

Sime Darby Motors menampilkan pelbagai jenama dan kenderaan mewah untuk

kereta penumpang, daripada BMW, Mini, Rolls-Royce, Porsche, Jaguar, Lamborghini

dan McLaren sehinggalah Hyundai, Land Rover, Ford, Peugeot, Citroen dan

Mitsubishi.

Ia juga mempunyai hak pengedaran kenderaan komersil seperti Hino, Volvo dan

Mack di New Zealand.

Di Australia, ia menguruskan Corefleet, pembekal utama kenderaan ringan dan

penyelesaian sewa kepada sektor perlombongan, minyak dan gas dan pembinaan sivil

merentasi Australia Barat, Queensland dan New South Wales.

Dari segi operasi pemasangan, Sime Darby Motors memasang pelbagai kenderaan

penumpang dan komersil Hyundai, di samping kereta jenis BMW, Land Rover, Mazda

dan Mini melalui anak syarikatnya, Inokom Corporation, di Kulim, Kedah.

Ia juga mewakili perniagaan sewa kereta Hertz di Malaysia dan Singapura.

— BERNAMA

MAS MAS NN AGA LAT

11/27/2013 19-28ST

DrivePulse is your source for new car reviews, research, ratings, used car research and the latest industry automotive news. Connect and follow us today!

Comments are closed.